ARTIKEL

PPM rampas balak haram dalam Ops Landai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 menahan sebuah lori sarat dengan muatan 44 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz yang tidak memiliki cop Jabatan Hutan Sarawak dianggarkan bernilai RM11,000 di kawasan tepi jalan, Batu 33, Jalan Lama Bintulu – Miri.

Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Samsol Kassim berkata lori berkenaan ditahan dalam operasi khas, Ops Landai kira- kira 6.30 petang, Selasa.

“Ketika ditahan, pemandu lori yang juga lelaki tempatan berusia 50 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dikeluarkan Jabatan Hutan Sarawak(JHS) Bahagian Bintulu, seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut.

Pemandu lori dan barangan rampasan kemudian diserahkan kepada JHS Bahagian Bintulu untuk tindak lanjut, katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Lori membawa muatan kayu balak ditahan dalam Ops Landai di tepi jalan, Batu 33, Jalan Lama Bintulu – Miri, pada Selasa.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan