ARTIKEL

KENANGAN… Sanuyah (tengah) merakam gambar bersama-sama petugas di PPS Dewan Mesra Simunjan. Foto: UKAS

PPS Dewan Mesra Simunjan ditutup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Mesra Simunjan ditutup pada 9 pagi tadi setelah keadaan banjir kembali terkawal.

Penutupan PPS ini membolehkan 90 mangsa daripada 32 keluarga pulang ke rumah masing-masing.

Pegawai Daerah Simunjan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sanuyah Mohamad berkata, pemantauan bersama-sama agensi penyelamat menunjukkan situasi di kawasan terlibat selamat dan tiada ancaman banjir.

Petugas bersama-sama melakukan kerja pembersihan setelah penutupan PPS pagi tadi.
FOTO: UKAS

“Alhamdulillah, semua mangsa kini boleh kembali ke rumah masing-masing kerana paras air surut sepenuhnya dan keadaan selamat untuk didiami,” katanya.

Sejak 9 Januari lalu, PPS Dewan Mesra mula beroperasi susulan banjir yang menjejaskan beberapa kawasan di Simunjan.

Tambah beliau, pihak jawatankuasa sentiasa memantau keadaan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan mangsa sepanjang berada di PPS.

“Terima kasih kepada semua agensi penyelamat dan sukarelawan yang sentiasa bersedia membantu.

“Kerjasama semua pihak memastikan proses pemindahan berjalan lancar dan selamat,” tambahnya.

Sepanjang tempoh operasi, seramai 90 mangsa daripada 32 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada enam lokasi terjejas ditempatkan di PPS tersebut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU