ARTIKEL

TINJAUAN… Sekitar tinjauan Uggah di PPS Selangau, petang tadi.

PPS Dewan Serbaguna Selangau tempatkan 100 mangsa banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGAU: Lebih 100 mangsa banjir daripada empat rumah panjang di sekitar Selangau telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Selangau, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Selangau berkata, seramai 35 mangsa membabitkan 12 keluarga daripada Rumah (Rh) Nyarapong manakala Rh Magdeline (14 mangsa, dua keluarga),

“Sementara Rh Awa (52 mangsa, 16 keluarga) dan Rh Ambrose (15 mangsa, dua keluarga),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, PPS Dewan Serbaguna Selangau telah dibuka sejak 7.30 petang, semalam menempatkan 28 lelaki dewasa, 31 wanita dewasa, 10 kanak-kanak lelaki, serta 15 kanak-kanak perempuan.

Seterusnya, seorang bayi lelaki, lima bayi perempuan, seorang perempuan orang kurang upaya (OKU), 10 warga emas lelaki dan 15 warga emas perempuan.

Terdahulu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut mengadakan lawatan ke PPS Dewan Serbaguna Selangau, hari ini.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak turut menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada mangsa banjir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU