ARTIKEL

Alice Renap menceritakan detik-detik cemas sebelum dipindahkan ke PPS Dewan Suarah Bintulu.

PPS Dewan Suarah jadi ‘rumah kedua’ mangsa banjir Ulu Segan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Setiap kali musim banjir melanda, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu menjadi ‘rumah kedua’ kepada penduduk Rumah Selanjat Usah, Jalan Ulu Segan yang terpaksa berpindah demi keselamatan.

Seorang penduduk, Alice Renap berkata hampir setiap tahun keluarganya menjadi ‘tetamu’ di PPS berkenaan susulan kejadian banjir yang berulang.

“Setiap tahun kami akan menjadi ‘tetamu’ di PPS Dewan Suarah Bintulu,” katanya ketika ditemui di PPS berkenaan, Sabtu petang.

Katanya lagi, beliau sekeluarga dipindahkan ke PPS Dewan Suarah Bintulu tengah hari Sabtu susulan kenaikan mendadak paras air.

Tambah Alice lagi, mereka terpaksa keluar melalui tingkap rumah menggunakan perancah sebelum menaiki perahu ke jalan besar, sebelum dipindahkan oleh jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Bintulu.

Menurutnya, walaupun hujan yang turun tidak terlalu lebat, paras air tetap meningkat dan menyebabkan penduduk tidak mempunyai pilihan selain berpindah.

“Tahun ini merupakan kali kedua banjir besar berlaku dan antara yang paling teruk, sama seperti kejadian pada 29 Januari tahun lalu.

“Namun kami bersyukur kerana semua dokumen penting berjaya diselamatkan,” ujarnya.

Beliau berharap agar penyelesaian jangka panjang dapat dilaksanakan bagi mengurangkan risiko banjir berulang, memandangkan PPS Dewan Suarah Bintulu seakan menjadi lokasi persinggahan tahunan bagi penduduk kawasan berkenaan.

Sementara itu, pihak berkuasa terus memantau keadaan semasa dan menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pemindahan demi keselamatan bersama.
PPS Dewan Suarah Bintulu dibuka sekitar jam 11.30 pagi bagi menempatkan penduduk di beberapa penempatan dari kawasan Jalan Ulu Segan dan Ulu Sebauh yang terjejas akibat banjir.

Setakat 4 petang tadi, PPS Dewan Suarah Bintulu menerima kemasukan 28 Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan 106 mangsa.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU