ARTIKEL

Gambar hiasan

PPS dibuka di Kampung Sungai Berdaun, 68 mangsa berpindah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Sungai Berdaun telah dibuka sejak malam tadi berikutan hujan berpanjangan yang menyebabkan banjir kilat di kawasan itu.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, seramai 68 mangsa daripada 14 keluarga telah dipindahkan ke PPS yang dibuka pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

“Mangsa terdiri daripada lima bayi, tiga Orang Kurang Upaya (OKU), dan empat warga emas,” menurut kenyataan tersebut hari ini.

Setakat pukul 10 pagi ini, JPBN Sarawak memaklumkan bahawa paras air di Kampung Sungai Berdaun telah surut dan tiada pemindahan tambahan ke PPS.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU