ARTIKEL

Royston (tengah) ketika ditemui pemberita dalam Program Gunting Rambut Percuma – Back to School, hari ini. (FOTO: N57 TELLIAN)

PPS dibuka susulan banjir luar jangka di Ulu Baoh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Fenomena perubahan iklim yang semakin ketara dipercayai menjadi faktor utama berlakunya kejadian banjir luar jangka di kawasan pedalaman seperti Ulu Baoh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, kawasan tersebut tidak pernah mengalami bencana banjir besar sebelum ini.

“Empat buah rumah panjang dilaporkan dinaiki air buat pertama kali dalam sejarah penempatan berkenaan.

“Susulan itu, pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi memindahkan mangsa dan memastikan keselamatan mereka kerana terdapat golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak yang berada di penempatan tersebut.

“Operasi pemindahan mangsa turut dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Program Gunting Rambut Percuma – Back to School di Perkarangan Masjid Setia Raja, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Royston menegaskan bahawa pihaknya akan terus membuat pemantauan sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula sejak 1 Januari lalu.

Ujarnya, semua pihak perlu bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang musim MTL ini.

“Penduduk di seluruh Sarawak, khususnya di Mukah, perlu berwaspada dan berhati-hati semasa musim ini,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU