ARTIKEL

LAPOR… Seorang wanita berusia sekitar 50-an tampil membuat aduan selepas mendapati akaunnya merekodkan beberapa transaksi asing ketika hadir membuat semakan di kaunter bank, baru-baru ini.

PPS gesa bank sedia pegawai khas urus penipuan, transaksi mencurigakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua cawangan bank digesa menempatkan pegawai khas bagi menguruskan laporan berkaitan penipuan, pemotongan tidak sah dan transaksi mencurigakan.

Presiden Pertubuhan Pengguna Sarawak (PPS), Dr Wynson Ong Teck Ping berkata, ia bertujuan untuk pengguna mendapatkan perkhidmatan berkaitan tanpa bergantung kepada talian hotline yang sukar dihubungi.

LAPOR… Seorang wanita berusia sekitar 50-an tampil membuat aduan selepas mendapati akaunnya merekodkan beberapa transaksi asing ketika hadir membuat semakan di kaunter bank, baru-baru ini.

Katanya, desakan itu timbul berikutan pengalaman seorang wanita berusia sekitar 50-an tampil membuat aduan selepas mendapati akaunnya merekodkan beberapa transaksi asing ketika hadir membuat semakan di kaunter bank.

“Semakan mendapati satu pemindahan tidak diketahui berjumlah RM2,156 berlaku pada 12 November, diikuti empat pemotongan kecil pada 18 November 2025 bernilai RM12.96, RM16.20, RM21.01 dan RM18.36,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Wynson berkata, menurut ahli keluarga mangsa, pegawai bank hanya memaklumkan bahawa kejadian itu mungkin berpunca daripada pautan tidak dikenali di Facebook sebelum memberikan nombor talian aduan bank.

Bagaimanapun katanya, talian tersebut sukar dihubungi kerana sentiasa sibuk dan satu-satunya panggilan yang berjaya disambungkan pula memaklumkan tiada pegawai untuk menguruskan aduan pada waktu itu sebelum panggilan ditamatkan.

“Situasi ini menyebabkan mangsa berasa tidak mendapat perhatian sewajarnya, sekali gus mendorongnya membuat laporan polis dan mendapatkan bantuan PPS.

“Wanita tersebut tidak menggunakan perbankan dalam talian; tidak melakukan sebarang transaksi digital dan tidak pernah menghubungkan akaun banknya dengan Facebook.

“Semua urusan perbankan dilakukan di kaunter, menjadikan alasan tersalah tekan pautan tidak munasabah serta memerlukan siasatan dalaman daripada pihak bank.

“Kes ini akan terus dipantau sehingga diselesaikan sepenuhnya,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU