ARTIKEL

PPS nasihat pemilik premis waspada penyewa bitcoin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pemilik premis berdepan tuntutan bil elektrik melebihi RM200,000 selepas unit yang disewakannya disalahgunakan untuk aktiviti perlombongan Bitcoin secara haram.

Kes yang dikongsikan oleh Pertubuhan Pengguna Sarawak (PPS) itu melibatkan kegiatan kecurian elektrik selama 11 bulan oleh penyewa yang kemudiannya mengaku bersalah di mahkamah sebelum dijatuhi hukuman penjara.

Presiden PPS, Dr Wynson Ong, berkata individu terbabit dipercayai merupakan pesalah berulang yang pernah menjalankan kegiatan serupa di beberapa lokasi lain.

“Jumlah tuntutan asal adalah sebanyak RM206,815.77 dan telah dikurangkan kepada kira-kira RM165,000 selepas diskaun,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, penggunaan elektrik di premis berkenaan dianggarkan mencecah sekitar RM20,000 sebulan, jauh lebih tinggi berbanding kadar penggunaan biasa bagi premis seumpamanya yang lazimnya tidak mencecah RM300.

Sehubungan itu, PPS berharap agar semua pihak berkaitan dapat meneliti perkara ini secara menyeluruh, termasuk aspek pengiraan caj dan pemantauan penggunaan, bagi memastikan situasi seumpama ini dapat ditangani dengan baik pada masa hadapan.

Dalam pada itu, pemilik premis turut diingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan perjanjian sewaan dimeterai secara rasmi, menyemak latar belakang penyewa serta mendapatkan khidmat ejen yang dipercayai bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU