ARTIKEL

Norhayati semasa berucap pada majlis penyerahan projek siap naik taraf bumbung, pengudaraan dan siling bangunan PPWS Daerah Bintulu–Tatau serta sambutan ulang tahun ke-30 Jubli Mutiara PPWS Daerah Bintulu- Tatau pada Khamis.

PPWS Bintulu–Tatau kekal relevan, terus perkasa komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Bangunan Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Bintulu–Tatau yang kini mencecah usia 30 tahun terus kekal relevan sebagai pusat aktiviti latihan dan pendidikan dalam memperkasa komuniti setempat.

Pengarah PPWS Negeri, Datuk Norhayati Mohd Ismail berkata, sepanjang tiga dekad penubuhannya, bangunan tersebut menjadi nadi kepada pelbagai program pembangunan wanita termasuk latihan kemahiran dan peningkatan ilmu pengetahuan.

“Bangunan ini bukan sekadar sebuah premis fizikal, malah menjadi pusat penggerak kepada usaha memperkukuh peranan wanita dalam komuniti,” katanya.

Norhayati merakamkan gambar bersama-sama Iskandar dan kenamaan yang lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan projek siap naik taraf bumbung, pengudaraan dan siling bangunan PPWS Daerah Bintulu–Tatau serta sambutan ulang tahun ke-30 Jubli Mutiara PPWS daerah itu di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa semua ahli agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di bangunan berkenaan.

Katanya, usaha berterusan dalam memperkukuh fungsi bangunan tersebut akan memastikan ia terus relevan sebagai pusat pembangunan wanita pada masa hadapan.

Pada majlis tersebut, Norhayati menerima simbolik penyerahan projek siap naik taraf bumbung, pengudaraan dan siling bangunan PPWS Daerah Bintulu–Tatau oleh ADUN Jepak, Iskandar Turkee dengan disaksikan Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Angellie Stephen Raja dan Pegawai Tugas- Tugas Khas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Steven Kong Kai Seng.

Projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar(RTP) DUN Jepak ini bermula 22 September 2025 dan siap sepenuhnya pada 31 Mac lalu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU