ARTIKEL

Norhyati (tengah) bersama-sama ahli Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak merakam kenangan. | FOTO: PPWS

PPWS Terima Anugerah Kecemerlangan Kebajikan Sosial 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) menerima Anugerah Kecemerlangan Kebajikan Sosial 2026 sebagai pengiktirafan sumbangannya dalam memperkasa wanita, keluarga dan melaksanakan aktiviti kebajikan sosial di Sarawak.

Anugerah itu diterima sempena Majlis Penutupan Karnival Kebajikan SWCS anjuran Majlis Kebajikan Sosial Sarawak di Boulevard Mall 2, di sini, semalam.

Pengerusi PPWS, Datuk Norhyati Mohd Ismail berkata, pengiktirafan itu merupakan hasil dedikasi dan komitmen seluruh barisan jawatankuasa serta ahli persatuan di pelbagai peringkat cawangan.

“Anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf kepimpinan tertinggi PPWS, malah menghargai sumbangan setiap ahli yang aktif melaksanakan kerja kebajikan demi kesejahteraan komuniti.

“Pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada PPWS untuk meneruskan pelbagai inisiatif kemasyarakatan dengan lebih giat pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Mengenai Karnival Kebajikan SWCS, beliau memberitahu ia menjadi platform untuk menghimpunkan pertubuhan kebajikan serta mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

Dalam pada itu, Norhyati berkata PPWS turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas pengiktirafan itu serta mengucapkan terima kasih kepada rakan strategik dan semua pihak yang terus menyokong usaha persatuan.

“PPWS akan memberi komitmen untuk terus memperkasa peranan pertubuhan dalam menyokong pembangunan kesejahteraan sosial di Sarawak,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU