ARTIKEL

Pratempah HONOR X9b 5G sehingga 9 November

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembeli yang membuat pratempahan HONOR X9b 5G berpeluang membawa pulang hadiah bernilai RM978, termasuk jaminan penggantian retak depan dan belakang selama 365 Hari, fon putik X5 serta jam tangan HONOR Choice Moecen.

HONOR Malaysia memperkenalkan HONOR X9b 5G sebagai lambang kepada tahan lasak semua sudut yang mula didapati menerusi pratempahan di laman https://bit.ly/HONORX9bPR bermula 1 hingga 9 November ini pada harga RM1,499.

“Bagi memenuhi kehendak ramai yang mahukan telefon tahan lasak dan kukuh, HONOR dengan bangganya memperkenalkan HONOR X9b 5G yang direka untuk kegunaan situasi mencabar.

“Peranti ini memiliki ketahanan dan rintangan jatuh yang pertama dalam industri, paparan HONOR menggabungkan teknologi Antijatuh Melantun Ultra HONOR. HONOR X9b 5G merupakan telefon pertama di dunia diiktiraf Lima Bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut oleh SGS.

Teknologi antijatuh HONOR ini menggunakan pengkusyenan yang maju dengan bahan baharu,” kata HONOR dalam satu kenyataan semalam.

Menurut HONOR, teknologi itu meningkatkan kapasiti penyerapan hentakan sehingga 1.2 kali ganda, memastikan ketahanan di tahap terbaik walaupun ketika subjek jatuh setinggi 1.5 meter dari setiap sudut.

Menariknya, di samping mempunyai berat hanya 185 gram, HONOR X9b 5G hadir dengan bateri 5800mAh yang tahan lasak dan lama, mampu bertahan sehingga tiga hari dengan hanya sekali pengecasan.

Dengan hanya sekali cas, HONOR X9b 5G mampu bertahan sehingga 19 jam penggunaan video tanpa henti, 12 jam untuk permainan atau 22 jam melayari media etika.

“Bukan itu sahaja, keupayaan baterinya menunjukkan ketahanan yang cemerlang apabila kapasiti kekal 80 peratus selepas 1,000 kali cas, menjadikannya salah satu bateri peranti paling kuat dalam pasaran,” tambah kenyataan itu.

Selain bintang utama HONOR X9b 5G, HONOR Malaysia turut mengumumkan pelancaran jam tangan edisi terbaharunya, iaitu HONOR Watch 4.

Tampil dengan rekaan bergaya dan keupayaan pemantauan yang tepat, HONOR Watch 4 hadir dengan paparan Skrin Warna AMOLED sebesar 1.75 inci dengan kadar segar semula 60Hz, sokongan panggilan Bluetooth dan hayat bateri maksimum 14 hari.

Jam tangan ini sangat sesuai untuk pengguna memantau kesihatan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU