ARTIKEL

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan agar aktiviti penternakan haiwan dilaksanakan di Ladang Lubuk Tiara, Miri bagi memanfaatkan sehingga 2,000 hektar tanah yang belum dibangunkan. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Premier cadang penternakan haiwan di Ladang Lubuk Tiara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan agar aktiviti penternakan haiwan dilaksanakan di Ladang Lubuk Tiara, Miri bagi memanfaatkan sehingga 2,000 hektar tanah yang belum dibangunkan.

Jelas beliau, kawasan luas tersebut mampu menjana pendapatan tambahan jika penternakan diusahakan melalui sistem fidlot dan bukan kaedah lepas bebas.

“Apa salah kita menternak lembu (sapi) menggunakan cara baharu seperti fidlot dan makanannya terhasil dari kernel/ tempurung kelapa sawit.

“Jadi sekiranya kita menternak lembu, penduduk kampung juga berpeluang untuk menyertainya. Sekiranya syarikat ini (Lubuk Tiara) mengeluarkan bahan makanan haiwan, jadi penduduk kampung boleh mendapatkan bekalannya di sini tanpa perlu mengimport makanan tersebut. Maka lahirlah penternak, jadi orang kampung juga menerima manfaatnya. Inilah satu-satunya pendekatan kita dan saya harap mudah-mudahan ada idea baru seperti ini akan mengubah keadaan di Lubuk Tiara,” katanya.

Beliau yakin pendekatan baharu itu mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat setempat, selain menggerakkan aktiviti ekonomi secara lestari.

Beliau berkata demikian ketika lawatan rasmi ke Ladang Lubuk Tiara, di sini hari ini.

Selain memanfaatkan teknologi pada masa kini, beliau turut menyarankan penggunaan dron dalam penanaman kelapa sawit di Lubuk Tiara, bagi mengatasi cabaran bentuk muka bumi.

“Benih itu ditabur menggunakan dron dan dari 100 peratus, hanya 60 peratus yang berjaya disemai, itu sudah baik. Satu perkara lagi, pokok ini boleh tumbuh sendiri, jadi ia akan mengeluarkan benih. Ini sekaligus akan menambahkan lagi pokok,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, penghasilan biomas dan biochar daripada sisa sawit turut dianggap mempunyai potensi untuk menjadi sumber tenaga baharu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU