ARTIKEL

Premier hadiri persandingan Putera Mateen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Hubungan akrab antara Sarawak dengan Brunei terjalin sejak sekian lama memang tidak boleh dinafikan, apatah lagi kedua-duanya terletak di Kepulauan Borneo yang berkongsi satu budaya, bahasa dan warisan.

Keakraban itu menyaksikan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang turut sama hadir memeriahkan Majlis Persantapan Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan isterinya, Dayang Anisha Rosnah di Istana Nurul Iman, Brunei, pada Isnin.

Majlis yang berlangsung di Istana Nurul Imam, Bandar Seri Begawan itu turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perkahwinan itu menjadi buruan lensa kamera dan tumpuan di seluruh dunia majlis perkahwinan kerana ia penuh gemilang dan disifatkan sebagai Wedding of the Year.

Bahkan, ia dimeriahkan dengan kehadiran lebih 5,000 pemimpin besar negara dan kerabat diraja antarabangsa dari seluruh dunia.

Selain itu, turut kelihatan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diikuti dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran Presiden Republik Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu.

Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien di sini, pada tengah hari Khamis lalu sekitar jam 2.17 petang.

Pasangan itu dilaporkan menjalin hubungan selama beberapa tahun, sebelum Sultan Brunei mengumumkan pertunangan mereka pada Oktober lalu.

Mateen, 32, ialah anak ke-10 kepada Sultan Hassanal Bolkiah – raja paling lama memerintah di dunia dan pernah menjadi orang terkaya di dunia.

Dayang Anisha, 29, cucu kepada salah seorang penasihat utama ayahandanya dilaporkan mempunyai jenama fesyen dan memiliki perniagaan dalam sektor pelancongan.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja telah pada 11 Januari, manakala acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari.

Majlis Persantapan Diraja pula diadakan pada 15 Januari, diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

Setiap perincian dan istiadat perkahwinan diraja ini menjadi perhatian ramai termasuk mahkota berlian dipakai Anisha Rosnah kerana perhiasan mewah itu sebelum ini digayakan adik Putera Mateen, Puteri Azemah di sebalik tudung dipakainya.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Hapus penyakit denggi, bersih kawasan rumah

SARATOK: Kes denggi telah dikesan di kawasan Kampung Melango Baru dan Kampung Melango Hulu di sini pada 16 Februari lepas. Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh

Kayu ukur kejayaan

BERADA dalam dunia siber hari ini, kita sering menyaksikan perkongsian pelbagai pencapaian dan kejayaan sama ada dalam pelajaran, kerjaya mahupun kebahagiaan. Ada kalanya, ia menjadi