ARTIKEL

Abang Johari menyempurnakan simbolik pelancaran RMK-13 Sarawak.

Premier lancar RMK-13 Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) Sarawak akan digerakkan menerusi sepuluh strategi utama yang memberi tumpuan kepada bidang berimpak tinggi bagi memastikan pembangunan negeri terus seimbang, inklusif dan mampan menjelang 2030.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tumpuan pertama adalah mempercepatkan peralihan tenaga bersih dengan menubuhkan badan pengawal tenaga, membangunkan Hab Hidrogen Sarawak serta memperkukuh sistem penjanaan, penghantaran dan penyimpanan tenaga.

“Seterusnya, kerajaan juga akan membangunkan serta menarik industri strategik melalui kerjasama kukuh, rantaian bekalan tempatan yang mantap dan pengukuhan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk menjadikan Zon Karbon Rendah Kuching dan Zon Ekonomi Tenaga Boleh Baharu Baram sebagai pemacu pertumbuhan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran RMK-13 Sarawak dan Persidangan Ekonomi Sarawak 2025 di Hotel Sheraton, di sini, semalam.

Menurutnya, keyakinan pelabur dan penyertaan sektor swasta akan meningkat melalui penambahbaikan tadbir urus, penyelarasan peraturan serta pengukuhan rangka kerja kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Abang Johari menunjukkan buku RM-13 Sarawak yang baharu dilancarkan.

“Dasar utama berkaitan infrastruktur dan utiliti juga dikaji semula, memastikan keseragaman dengan matlamat peralihan tenaga dan kelestarian negeri,” jelasnya.

Katanya, kerajaan akan mengoptimumkan penggunaan tanah untuk pembangunan pertanian, perindustrian dan bandar dengan memanfaatkan tanah tidak digunakan sepenuhnya.

“Model kerjasama seperti usaha sama dan perjanjian pajakan akan digunakan untuk membangunkan tanah hak adat bumiputera (NCR) kepada projek pertanian bernilai tinggi,” katanya.

Tambahnya, kerajaan turut komited membangunkan persekitaran hidup berkualiti serta masyarakat inklusif dengan melaksanakan hab perubatan serantau, program kesejahteraan keluarga dan inisiatif seperti Sarawak Women@Work serta Sarawak Family First Initiative bagi memperkukuh perpaduan sosial dan memastikan kualiti hidup seimbang dalam kalangan semua komuniti.

“Kerajaan juga akan menarik serta mengekalkan bakat melalui insentif dan program khusus seperti Sarawak Employment Package (SPACK), Elevating the Educators dan Regional Youth Centres bagi memastikan golongan muda serta profesional tempatan berpeluang menyumbang kepada kemajuan negeri,” ujarnya.

Jlasnya, aspek keselamatan, ketenteraman dan kesiapsiagaan bencana akan dipertingkat melalui pemantauan berasaskan teknologi, pembangunan infrastruktur berdaya tahan serta kesiapsiagaan pihak berkuasa tempatan.

“Dalam masa sama, Sarawak akan mempergiat tindakan iklim, mengintegrasi prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta mengembangkan ekonomi kitaran menerusi penubuhan Pusat Perubahan Iklim Sarawak dan Climate Finance Facility untuk menyokong pelaburan berteknologi tinggi yang berteraskan kelestarian,” katanya.

Abang Johari turut menjelaskan bahawa kerajaan akan melindungi serta mengurus sumber semula jadi secara lestari melalui pelaksanaan projek karbon berasaskan alam semula jadi dan pengukuhan pengurusan hutan berasaskan komuniti.

Tegasnya, kerajaan akan membangunkan komuniti perniagaan Bumiputera yang kukuh dan berdaya tahan dengan memperkasa usahawan melalui akses pembiayaan, peningkatan kemahiran dan jalinan kerjasama agar penyertaan Bumiputera terus berkembang seiring kemajuan ekonomi Sarawak.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU