ARTIKEL

MESYUARAT…Uggah mempengerusikan mesyuarat bagi perasmian jambatan dan pelancaran BDDA

Premier Sarawak bakal hadir rasmikan Jambatan Batang Saribas 19 Julai ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual akan hadir ke pekan Pusa bagi merasmikan Jambatan Batang Saribas 1 pada 19 Julai ini.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengesahkan perkara tersebut dan mendedahkan program dijangka akan bermula pada jam 10.30 pagi.

Pada program yang sama katanya, Abang Johari akan melancarkan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

“Kita merasakan adalah amat wajar untuk beliau (Premier) melancarkan jambatan bernilai RM375.5 juta ini serta BDDA.

“Jambatan sepanjang 1.55 kilometer ini menamatkan penantian selama 60 tahun rakyat untuk merentasi Batang Saribas dan kini ia telah dibuka kepada orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan persiapan dan penubuhan jawatankuasa penganjur majlis perasmian itu di Betong, hari ini.

Menurutnya, BDDA merupakan salah satu daripada sembilan agensi pembangunan di wilayah ini dan telah ditubuhkan pada September 2022.

“Sudah tiba masanya untuk memaklumkan kepada rakyat khususnya komuniti di Betong tentang kemajuan yang telah dicapai setakat ini,” katanya.

Uggah yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan mengakui pembinaan jambatan tersebut serta peruntukan RM1.5 bilion kepada BDDA telah mendapat penghargaan daripada rakyat di sini.

“BDDA bergerak sebagai platform memenuhi harapan rakyat untuk terlibat lebih banyak dalam arus pembangunan, kemajuan dan kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, beliau berharap pelancaran majlis nanti akan disertai oleh penduduk Betong beramai-ramai.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU