ARTIKEL

Abang Johari, Awang Tengah Ali dan Mohamad Abu Bakar Marzuki selamat tiba di Poznan, Poland dalam rangka lawatan kerja rasmi dua hari.

Premier Sarawak berada di Poland

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland pada hari ini.

Abang Johari akan berkongsi mengenai perspektif, inisiatif dan pengalaman Sarawak berkaitan peralihan tenaga, keselamatan tenaga boleh diperbaharui, penyahkarbonan serta kelestarian alam sekitar pada sesi dijadual jam 11 pagi hingga 12 tengah hari waktu tempatan.

Malam tadi, Abang Johari serta delegasi Kerajaan Sarawak selamat tiba di Poznan, Poland dalam rangka lawatan kerja rasmi untuk menghadiri Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah dan Forum Dekarbonisasi Eropah Tengah yang dijadual berlangsung pada 24 hingga 25 April ini.

Turut mengiringi, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Menyambut ketibaan delegasi kerajaan Sarawak ialah Timbalan Presiden Wilayah Wielkopolska, Marek Gola dan Pengarah Jabatan Ekonomi Wilayah Wielkopolska, Beata Joana.

Turut hadir Ketua Bahagian Wielkopolska 2050, Magdalena Kaseja-Astriab dan Duta Besar Malaysia ke Poland, Datuk Chitra Devi Ramiah dan Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Abang Ahmad Abang Morni.

Abang Johari melakukan perbincangan sebaik tiba di Poland.

BERITA LAIN

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

Gara-gara panik, suri rumah rugi sekitar RM100,000

KOTA SAMARAHAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian sekitar RM100,000 selepas terpedaya dengan panggilan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk