ARTIKEL

Mendiang Datuk Mutang Tagal

Premier Sarawak dijangka beri penghormatan terakhir kepada mendiang Mutang di Miri esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka berada di Miri esok untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal.

Menurut satu kenyataan semalam daripada Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, jasad mendiang dijadual diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Miri esok (12 Mei Ahad) dan dijangka tiba pada jam 10 pagi.

Majlis penghormatan terakhir mendiang akan dilaksanakan di gereja Sidang Injil Borneo (BEM) Jalan Airport sejurus ketibaannya dari Kuala Lumpur.

Manakala, pada Isnin (13 Mei) jasad mendiang akan dibawa ke gereja BEM Canada Hill bagi upacara kebaktian sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan SIB Lambir untuk dikebumikan.

Mendiang Mutang menghembuskan nafas terakhirnya semalam (10 Mei) sekitar jam 11.46 pagi di Institut Jantung Negara (IJN).

Mendiang telah mendapatkan rawatan di IJN sejak 6 Mei lalu selepas beliau pulang menjalankan lawatan kerja rasmi di Azerbaijan.

Upacara penghormatan terakhir mendiang hari ini diadakan di Nirvana 2 (Nirvana Centre Kuala Lumpur) 16, Jalan Dewan Bahasa, bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan