ARTIKEL

Sekitar rakaman kenangan ketika Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG). F: UKAS

Premier terima kunjungan hormat MBPG

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Mustaffa Kamal Shamsudin di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini.

Mustaffa berkata pertemuan itu antara lain bertujuan menyampaikan penghargaan terhadap sumbangan rakyat Sarawak dalam pembangunan pelbagai industri di Pasir Gudang sejak awal 1980-an.

“Hari ini peranan mereka semakin meluas kerana tidak hanya terhad dalam industri pembuatan, komersial dan pembangunan perumahan malah semakin ramai yang melebarkan sayap ekonomi dengan aktif dalam pelbagai disiplin perniagaan dan perkhidmatan.

“Generasi baharu semakin ramai yang berjaya menyambung pengajian di pelbagai Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyentuh strategi ekonomi baharu Sarawak seperti pengeluaran metanol, ammonia, tenaga hidrogen, tenaga solar terapung dan banyak lagi, yang mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi serta menyokong agenda pendidikan tinggi percuma dan peningkatan pendapatan isi rumah.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Nor Rahman Mustaffa, Pegawai Khas Tugas-Tugas Datuk Bandar Dr. Norlina Muhammad, Ahli Majlis MBPG Norizam Shah Md Yunus dan Pengarah Kesihatan Awam dan Persekitaran MBPG Muhammad Razif Ramlan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU