ARTIKEL

Len menyempurnakan Majlis Pelepasan Peserta Safari Memancing Tanjung Manis 2025 hari ini.

Premier Tinjau Projek Tukun Tiruan Sebelum Safari Memancing Tanjung Manis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka meninjau perkembangan projek tukun tiruan sebelum merasmikan Majlis Penangguhan Safari Memancing Tanjung Manis pada Ahad ini.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata lawatan itu memberi peluang kepada Premier untuk melihat sendiri keberkesanan projek bernilai RM70 juta yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.

“Premier akan menilai impak tukun tiruan yang dilabuhkan dari Tanjung Datu hingga Lawas terhadap ekosistem marin.

“Laporan awal Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menunjukkan perkembangan positif, namun beliau mahu mengesahkan sendiri maklumat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Peserta Safari Memancing Tanjung Manis 2025 di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu bahawa projek berkenaan bukan sekadar memperkayakan sumber ikan malah meningkatkan pendapatan nelayan tempatan serta melindungi kawasan perikanan.

Jelasnya, sehingga kini, SFC menempatkan 600 unit tukun tiruan di perairan Belawai, Paloh dan Lawas manakala 1,200 unit lagi di Igan, Mukah serta Muara Tebas hingga Sebuyau.

Mengulas mengenai Safari Memancing Tanjung Manis 2025, Len yang juga Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) berkata seramai 146 pemancing dari seluruh Sarawak menyertai edisi ke-18 acara tersebut.

“Pertandingan anjuran PUSAKA itu menawarkan hadiah keseluruhan RM60,000 dengan dua kategori dipertandingkan iaitu Laut Dalam dan Pesisir Pantai selain pameran agensi kerajaan yang memaparkan projek berteraskan rakyat.

“Alhamdulillah, sambutan tahun ini cukup meriah dengan penyertaan pemancing luar Tanjung Manis selain melibatkan penyertaan pelbagai pihak termasuk ketua masyarakat dan ketua kaum,” tambahnya.

RAKAM KENANGAN…Len merakam kenangan bersama peserta dalam majlis tersebut.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan