ARTIKEL

SEKITAR pemeriksaan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman terhadap sebuah premis makanan di Simanggang, semalam.

Premis makanan di Simanggang dikenakan tiga notis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Sebuah premis makanan di sini dikenakan tiga notis penguatkuasaan selepas pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mendapati beberapa ketidakpatuhan berkaitan kebersihan, penyimpanan makanan dan kawalan produk merokok, semalam.

Dalam kenyataan, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan pejabat berkenaan memaklumkan pemeriksaan itu dijalankan susulan aduan awam yang diterima menerusi media sosial.

KEADAAN di dalam premis ketika pemeriksaan dijalankan.

Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mematuhi beberapa keperluan perundangan berkaitan keselamatan dan kebersihan makanan.

Dua notis dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009), masing-masing berkaitan kegagalan mematuhi keperluan vaksinasi antitifoid dan aspek penyimpanan makanan.

Satu lagi notis dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

KEADAAN di dalam premis ketika pemeriksaan dijalankan.

Pihak pengurusan premis turut diberikan teguran dan diarahkan mengambil tindakan pembetulan terhadap semua ketidakpatuhan yang dikenal pasti.

Pemeriksaan susulan akan dijalankan dalam masa terdekat bagi memastikan semua arahan pembetulan dipatuhi.

Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman menegaskan komitmennya memastikan semua premis makanan mematuhi kehendak perundangan serta mengekalkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan demi melindungi kesihatan pengguna.

BERITA LAIN

ASNB tawar hadiah hampir RM50,000 kepada rakyat Sarawak

KUCHING: Rakyat Sarawak berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM50,000 menerusi kempen pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), ‘Juh, Melabur Menang Mas’ yang berlangsung

BERITA TERBARU

ASNB tawar hadiah hampir RM50,000 kepada rakyat Sarawak

KUCHING: Rakyat Sarawak berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM50,000 menerusi kempen pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), ‘Juh, Melabur Menang Mas’ yang berlangsung