ARTIKEL

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Jefri Ngadirin

Prestasi atlet negara di Sukan SEA 2025 perlu dinilai menyeluruh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Prestasi sebahagian atlet negara yang dilihat kurang memberangsangkan pada temasya Sukan SEA 2025 tidak wajar dilabel sebagai kegagalan mutlak.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Jefri Ngadirin berkata, prestasi berkenaan sebaliknya perlu dinilai secara menyeluruh menerusi proses post mortem (analisis pasca kejohanan) bagi mengenal pasti kelemahan sebenar serta langkah penambahbaikan menjelang Sukan SEA 2027.

“Memang terdapat beberapa sasaran emas yang tidak berjaya dicapai, namun faktor kekangan dan cabaran unik di lokasi pertandingan turut memberi kesan terhadap prestasi sebenar atlet.

“Banyak cabaran di sini yang menjejaskan prestasi sebenar atlet, jadi untuk mengatakan mereka tidak berjaya tidak semestinya tepat,” katanya pada sidang media rangkuman prestasi kontinjen negara di sebuah hotel di sini, Sabtu.

Beliau menjelaskan, menerusi proses post mortem, laporan daripada pengurus pasukan akan dibincangkan bersama pihak berkaitan bagi meneliti secara terperinci kelemahan dan kekurangan yang ada supaya tindakan susulan dapat diambil.

Jefri menegaskan semua atlet hadir dengan satu objektif, iaitu untuk memberikan prestasi terbaik selain berusaha sehabis mungkin demi negara.

“Keyakinan terhadap kemampuan mereka perlu terus dipupuk bagi memastikan peningkatan prestasi pada kejohanan akan datang,” katanya.

Menurutnya, selain memberi tumpuan kepada sasaran yang tidak tercapai, kisah kejayaan atlet juga perlu diketengahkan sebagai sumber motivasi.

“Terdapat beberapa sukan yang pada awalnya kurang diyakini mampu mencipta kejayaan berdasarkan prestasi semasa.

“Namun, ada atlet berjaya mempamerkan pencapaian memberangsangkan apabila berada di pentas pertandingan sebenar,” katanya.

Mengulas prestasi badminton, Jefri berkata walaupun sasaran empat pingat emas tidak tercapai, semangat juang yang dipamerkan pemain sepanjang kejohanan tetap wajar dipuji.

Beliau yakin skuad negara mampu bangkit dengan lebih baik pada kejohanan akan datang, mengambil kira sumbangan besar sukan itu di pentas Olimpik dan Sukan Asia sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Kontinjen Chef de Mission (CDM), Datuk Kenny Goh Chee Keong mengingatkan semua pihak agar tidak menjatuhkan hukuman mati kepada atlet yang gagal mencapai objektif pingat.

Timbalan Ketua Kontinjen Chef de Mission (CDM), Datuk Kenny Goh Chee Keong

“Sebenarnya mereka telah mencapai beberapa tahap sasaran yang telah kita tetapkan.

“Paling penting, apabila atlet mencapai sasaran yang ditetapkan, itu bermakna mereka berada di landasan yang betul dan kita tidak perlu terlalu bimbang,” katanya.

Beliau menjelaskan kebimbangan hanya perlu timbul sekiranya atlet gagal mencapai sasaran tersebut, sekali gus memerlukan tindakan segera dan perbincangan lanjut bagi memastikan sasaran yang ditetapkan tidak tersasar pada masa depan.

Menurut Kenny, pendekatan berasaskan pemantauan sasaran ini penting bagi memastikan pembangunan prestasi atlet berlaku secara berperingkat dan mampan, tanpa memberi tekanan melampau yang boleh menjejaskan keyakinan serta motivasi mereka.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih