ARTIKEL

Nasir ketika bercakap pada sidang media (FOTO TVS - Awang Azmil)

Prestasi realistik cerminkan kekuatan sebenar kontinjen Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Prestasi Malaysia pada Sukan SEA 2025 boleh disifatkan sebagai satu keputusan realistik yang mencerminkan kekuatan sebenar kontinjen negara.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (OCM), Datuk Mohd Nasir Ali berkata kontinjen negara bukan sahaja mencapai sasaran pingat yang ditetapkan, malah melepasi jangkaan awal, sekali gus membuktikan keberkesanan persiapan menyeluruh serta koordinasi antara agensi terlibat.

“Keputusan yang dicapai memberikan penilaian yang jelas dan jujur terhadap keupayaan semasa Malaysia.

“Ini merupakan data yang amat penting ketika negara membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027,” katanya pada sidang media rangkuman prestasi kontinjen negara di sebuah hotel di sini, Sabtu (20 Disember).

Beliau menjelaskan kejayaan tidak boleh dicapai oleh satu organisasi secara bersendirian dan memerlukan pendekatan kolektif antara Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), OCM, selain sokongan kelab-kelab sukan.

“Ini menunjukkan bahawa untuk mencapai kejayaan, kita memerlukan kerjasama yang kukuh. Tiada organisasi yang boleh bergerak sendirian.

“Semua pihak mesti bergerak seiring dengan tujuan yang sama,” katanya.

Mohd Nasir berkata keputusan untuk menurunkan kontinjen yang kuat dan kompetitif pada Sukan SEA 2025 membolehkan Malaysia menilai secara tepat tahap daya saingnya berbanding pencabar serantau.

“Pencapaian itu akan menjadi rujukan penting dalam merangka strategi menjelang Sukan SEA 2027 yang bakal dianjurkan di beberapa lokasi termasuk Kuala Lumpur, Sarawak dan Pulau Pinang.

“Ini adalah satu keputusan yang memberi petunjuk jelas mengenai kelemahan kita dan perkara yang perlu ditangani ketika membuat persiapan sebagai tuan rumah Sukan SEA,” katanya.

Satu kajian pasca-temasya yang menyeluruh melibatkan MSN, ISN dan OCM akan dijalankan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan serta peluang penambahbaikan dengan sasaran untuk mengatasi pencapaian semasa.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i