ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Prestasi ringgit tak cerminkan prospek masa depan – Bank Negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Bank Negara Malaysia (BNM) berpandangan paras ringgit pada masa ini tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa akan datang, kata Gabenornya Datuk Abdul Rasheed Ghaffour. 

Beliau berkata, prestasi ringgit baru-baru ini sama seperti mata wang serantau lain, dipengaruhi oleh faktor luaran.

“Antara faktor tersebut termasuklah pelarasan pasaran kepada jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang berubah-ubah, kebimbangan geopolitik dan ketidakpastian berkaitan dengan prospek ekonomi China” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rasheed berkata, pertumbuhan tahun ini didorong oleh permintaan luaran yang bertambah baik dan perbelanjaan kukuh dalam negeri.

Menurutnya unjuran terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan bahawa perdagangan global akan meningkat daripada 0.4 peratus pada 2023 kepada 3.3 peratus pada 2024.

“Bagi Malaysia, eksport mencatatkan penambahbaikan yang stabil sejak suku keempat 2023. Malah, eksport bulan Januari 2024 yang diumumkan baru-baru ini juga positif (+8.7 peratus),” katanya.

Beliau berkata sektor pelancongan juga telah pulih dengan kukuh dan ketibaan pelancong pada 2024 dijangka mengatasi paras sebelum pandemik iaitu 26 juta.

“Momentum pelaburan juga meningkat berikutan pelaksanaan projek yang telah diluluskan dalam sektor swasta dan awam.

“Susulan perkembangan positif ini bersama-sama dengan komitmen Kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan struktur dan jangkaan bahawa kadar faedah akan diturunkan di negara-negara maju, kebanyakan penganalisis mengunjurkan ringgit akan menambah nilai pada tahun ini,” katanya.

Pada 5.15 petang, ringgit berada pada 4.7970/8015 berbanding dolar AS. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang