ARTIKEL

Previu Liga Premier 2019: Antara dua darjat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Skuad Sarawak yang berada di tangga tercorot liga bakal menghadapi laluan yang amat sukar apabila turun menentang calon juara, Sabah di Likas malam ini.

Di atas kertas, Sarawak bukanlah tandingan Sabah, jika mengambil kira kedudukan dan prestasi terkini kedua-dua pasukan.

Ia merupakan perlawanan ‘antara dua darjat’ yang melibatkan pasukan teratas dan pasukan terbawah.

Dalam aksi pusingan  pertama di Stadium Negeri Februari lalu menyaksikan Sarawak kalah 2-0.

Bagaimanapun pengendali Sabah, Jelius Ating yang juga bekas tonggak pertahanan Sarawak menasihatkan anak-anak buahnya agar berhati-hati sepanjang saingan.

“Kami tidak memandang di mana kedudukan pasukan yang akan ditentang.

“Tetapi kami akan menyiap diri dengan sebaik mungkin sama seperti persiapan ketika hendak menentang pasukan atasan,” kata Jelius.

Bagi Jelius, Sarawak tetap dianggap sebagai lawan mencabar, apatah lagi rakan seborneo itu terdesak untuk keluar dari zon penurunan.

Yang pasti, Sabah dan Sarawak akan turun dengan misi berbeza. Ketika Sabah mengintai detik juara, Sarawak pula cuba berusa- ha untuk mengelak turun ke Liga M3 musim depan.

Bagi Jelius, tiga mata tidak harus terlepas dari genggaman jika mahu mendekati kejuaraan.

Menurutnya, perlawanan di gelanggang sendiri mestilah dimanfaatkan sebaik mungkin, kerana tidak tahu apa yang berlaku dalam perlawanan seterusnya.

Bagi Sarawak pula kekalahan malam ini akan menyempitkan lagi peluang untuk memperbaiki kedudukan.

Namun pemangku jurulatih Sarawak, Mohamad Denny Da’ail menggesa anak-anak buahnya tidak memberi laluan. Malah dia meminta para pemain untuk cuba membuat kejutan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU