ARTIKEL

Abang Johari menyampaikan watikah kepada Iskandar, yang dipilih sebagai calon GPS dalam PRK DUN Jepak

PRK DUN Jepak: GPS calonkan Iskandar Turkee

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempertaruhkan Iskandar Turkee sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, sebentar tadi.

Menurut Abang Johari yang juga Presiden PBB, pemilihan bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak berusia 54 tahun itu dibuat selepas saringan dibuat dengan pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.

“Beliau bukan orang lain di Jepak, lahir di sini dan mempunyai pengalaman,” katanya dalam majlis pengumuman calon GPS bagi PRK DUN Jepak di Hotel Magherita Plaza di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden PBB yang juga Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Ketua Wanita PBB Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Turut hadir Pengerusi SUPP Cawangan Bintulu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang bagi mewakili Presiden SUPP, Naib Presiden PRS Datuk John Sikie Tayai bagi mewakili Presiden PRS dan ADUN Meluan Roland Duat bagi mewakili Presiden PDP.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November nanti sebagai tarikh hari mengundi bagi PRK DUN Jepak manakala hari penamaan calon pada 21 Oktober dan hari mengundi awal pada 31 Oktober.

Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 21 Oktober sehingga jam 11.59 malam, 3 November.

Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) yang digunakan adalah di Balai Raya Kampung Jepak, Bintulu.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian Datuk Talib Zulpilip, yang menyandang kerusi itu selama enam penggal sejak memenanginya pada 1996.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi