ARTIKEL

Tiga beradik, Navitha, Edward dan Terensca dari Rh. Jungan Mitoh, Sg. Mas, Jepak menunjukkan calitan dakwat pada jari mereka selepas selesai membuang undi bagi PRK DUN Jepak di Pusat Mengundi, Rh. Joshua Manit Buyu di sini kira-kira jam 9 pagi tadi.

PRK DUN Jepak pertama diundi pengundi muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak melakar sejarah tersendiri apabila menjadi yang pertama diundi oleh pengundi muda (Undi18) di Sarawak.

Mereka adalah antara seramai 22, 731 orang pengundi berdaftar yang layak membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak pada hari ini.

Alexzius menunjukkan calitan dakwat pada jarinya selepas membuang undi di Pusat Mengundi, Rh. Joshua Manit Buyu di sini kira-kira jam 9 pagi tadi.

Sebanyak 14 Pusat Mengundi dan 45 Saluran dibuka untuk tujuan pengundian bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Salah seorang pengundi muda, Alexzius Juntan Kawi, 19, dari Rh. Danggang, Sg. Sembawang, Jepak berkata teruja untuk hadir mengundi buat pertama kali.

Lucas ketika ditemui selepas membuang undi di Pusat Mengundi, Rh. Joshua Manit Buyu di sini kira-kira jam 9 pagi tadi.

“Saya teruja kerana dapat bersama-sama dalam memilih pemimpin bagi DUN Jepak ini dan berharap siapa yang saya undi ini dapat memajukan kawasan Jepak,” katanya ketika ditemui di Pusat Mengundi, Rh. Joshua Manit Buyu, di sini.

Tidak ketinggalan bagi Lucas Anjat Henry, 20, yang turut pertama kali hadir membuang undi di Pusat Mengundi, Rh. Joshua Manit Buyu, di sini.

Crishyia bersemangat mengundi buat pertama kali.

“Saya hadir menjalankan tanggungjawab,” katanya ringkas ketika ditemu-bual.

Crishyia David Bouy, 19, dari Rh. Belayong Buang berkata begitu bersemangat untuk merasai pengalaman mengundi buat pertama kali.

“Saya berpuas hati sebab dapat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat,” katanya.

Slyvester menunjukkan calitan dakwat pada jarinya selepas membuang undi di Pusat Mengundi, Rh. Joshua Manit Buyu di sini kira-kira jam 9 pagi tadi.

Manakala Slyvester Britin Belayong, 18, dari Rh. Sait berkata pada mula berasa cemas kerana tidak pernah mengundi.

“Saya beranikan diri untuk turun mengundi dan kini lega selepas mengundi,” katanya yang datang bersama ibu bapa.

Seren Jane teruja untuk mengundi buat pertama kali.

Seren Jane John, 18 dari Rh. Sait turut teruja untuk mengundi buat pertama kali kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara.

“Harapan saya semoga calon dipilih menjalankan tanggungjawab dengan amanah,” katanya pelajar tingkatan enam itu yang datang bersama ibu bapanya di Pusat Mengundi, Rh. Joshua Manit Buyu, di sini.

Selain itu, tiga beradik turut tidak ketinggalan menunaikan kewajipan mereka apabila bersama-sama hadir mengundi di Pusat Mengundi, Rh. Joshua Manit Buyu di sini kira-kira jam 9 pagi tadi.

Tiga beradik, Navitha, Edward dan Terensca dari Rh. Jungan Mitoh, Sg. Mas, Jepak menunjukkan calitan dakwat pada jari mereka selepas selesai membuang undi bagi PRK DUN Jepak di Pusat Mengundi, Rh. Joshua Manit Buyu di sini kira-kira jam 9 pagi tadi.

Mereka ialah Navitha Minggu, 29, Edward Hillary Minggu, 20, dan Terensca Minggu, 26, dari Rh. Jungan Mitoh, Sg. Mas, Jepak.

Menurut mereka, walaupun bukan pengundi baharu namun adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang muda untuk keluar mengundi.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip sekali gus menyaksikan tiga calon bertanding iaitu Iskandar Turkee dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Chieng Lea Phing dari Parti Aspirasi Anak Sarawak (Aspirasi) dan Stevenson Joseph Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang (PBK).

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU