ARTIKEL

PRK Jepak: Pengundi muda teruja, tidak lepas peluang turun mengundi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak teruja untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Seorang pengundi remaja, Chrystal Janita Christopher,19, berkongsi debaran kali pertama mengundi berasa gembira dan teruja untuk menunaikan tanggungjawabnya di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu, di sini.

CHRYSTAL JANITA CHRISTOPHER….teruja mengundi kali pertama pada PRK DUN Jepak.

Menurut pelajar Kolej I-System Kuching dalam jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak- Kanak itu, dia yang baru tiba semalam, pulang ke tanah kelahiran semata- mata untuk menunaikan kewajipannya sebagai pengundi.

“Teruja sebab tidak pernah mengundi. Sebelum datang mengundi, ibu dan ayah sudah menasihati saya untuk membuat pilihan tepat dan pangkah di kertas mengundi yang disediakan dengan baik.

“Bila sampai di pusat mengundi saya rasa berdebar juga sebab tidak tahu proses mengundi, namun bersyukur sebab ada petugas yang membantu. Selepas mengundi saya berasa lega dan bangga,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak, hari ini.

Hanunnisa, Sarpudin dan Hairudin menunjukkan calitan dakwat pada jarinya selepas membuang undi di SK Bintulu.

Sementara bagi Hanunnisa Sarpudin, 21, ini merupakan kali kedua dia mengundi selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) dan gembira kerana sekali lagi dapat melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat.

Dia yang tiba di pusat mengundi SK Bintulu ditemani bapanya, Sarpudin Suut, 67, dan abang, Hairudin Sarpudin,30, berharap pemimpin yang diberikan mandat dapat membawa lebih banyak pembangunan di kawasan DUN tersebut khususnya kepada golongan belia.

Pusat Mengundi SK Bintulu mempunyai seramai 3,258 pengundi yang berdaftar.

PRK Jepak diadakan susulan kematian kematian bekas ADUNnya, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip, 72, akibat komplikasi buah pinggang, hati, jantung dan kencing manis pada 15 September lalu.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertandingan penjuru tiga antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang, dan Chieng Lea Ping dari Aspirasi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU