PRN-12 tidak bawa masuk polis luar Sarawak

SIBU: Pasukan Gerakan Am (PGA) akan dikerah membantu PDRM memantau serta melancarkan PRN-12 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Fisol Salleh berkata, pihaknya akan menfaatkan sepenuhnya gabungan kedua-dua pasukan tersebut atau pasukan lain agar tidak perlu membawa masuk anggota dari luar Sarawak bagi membantu PRN-12.

Menurutnya, pihaknya akan memanfaatkan anggota pasukan di negeri ini dan tidak mahu melibatkan anggota lain dari luar Sarawak.

“Sekiranya tidak mencukupi, kemungkinan kita akan meminta bantuan dari pasukan Polis Marin, Pusat Latihan Polis dan Sukarelawan Polis,” katanya ketika ditemui semasa lawatan ke IPD Sibu di sini pada Isnin.

Ia merupakan lawatan kerja pertamanya ke sini setelah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu pada 17 November lalu. B

ercakap mengenai lawatannya ke seluruh IPD di negeri ini dalam masa terdekat ini, beliau berkata, ia bagi memastikan segala bentuk persiapan lain menghadapi bencana dan pendemik Covid-19 dalam keadaan siap sedia.

Meskipun perkembangan wabak Covid-19 di negeri ini menunjukkan petanda baik, Fisol memberitahu, pasukan pemantau PDRM akan tetap digerakkan bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard dalam kalangan masyarakat.

“PDRM sebagai agensi induk pemantauan tersebut dengan agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta Rela di seluruh akan terus digerakkan untuk tujuan itu.

“Pasukan pemantau harus memastikan SOP sentiasa menjadi keutamaan dalam membantu kerajaan memutuskan rantaian jangkitan wabak pandemik tersebut,” tegas Fisol.

etibaan beliau ke IPD Sibu disambut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dan timbalannya Supt Collin Babat.