ARTIKEL

PRN Melaka: 31 pusat mengundi awal dibuka untuk 12,531 pengundi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Sebanyak 31 pusat mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dibuka pada pukul 8 pagi ini untuk 12,531 anggota pasukan keselamatan dan pasangan mereka.

Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pengundi awal terdiri daripada 9,769 anggota tentera bersama pasangan dan 2,762 anggota polis.

Pusat pengundian itu ditutup secara berperingkat mengikut jadual SPR, iaitu pada pukul 12 tengah hari, 2 petang dan 5 petang.

PRN ini berlangsung susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 23 Sept lepas selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, manakala hari mengundi ditetapkan pada 14 Nov seperti dilapor Bernama.

Seramai 687,697 pengundi layak memilih pada PRN kali ini, dengan Pakatan Harapan bertanding di 24 kerusi, Barisan Nasional (23), Parti Bersama Malaysia (16), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (tujuh), Perikatan Nasional (lima), Pribumi Perkasa Malaysia (satu) dan Bebas (tiga).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sisa industri jadi sumber ekonomi baharu

BINTULU: Kerajaan Sarawak mempergiat usaha memperkukuh ekonomi kitaran dengan mengoptimumkan penggunaan sisa industri sebagai sumber ekonomi bernilai tinggi, sekali gus membuka peluang penghasilan produk baharu,