ARTIKEL

Gembira... Rubiah ditemani tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama penerima. | FOTO: MOHD ALIF NONI

PRN Sarawak: Rubiah seru rakyat hargai pembangunan, terus sokong kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Rakyat Sarawak diseru supaya menghargai pembangunan yang dilaksanakan dan menilai kemudahan yang dinikmati sebelum membuat pertimbangan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, Kerajaan Sarawak banyak membantu memperluas kemudahan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, rakyat perlu melihat pencapaian pembangunan sedia ada dan merancang keperluan masa depan bagi memastikan kemajuan negeri dapat diteruskan.

“Fikirlah apa yang kita sudah dapat dan apa yang kita mahu dapat. Kita perlu merancang untuk masa depan dan terus menyokong Kerajaan Sarawak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Projek Perumahan Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) serta lawatan tapak projek masjid Daerah Asajaya di Dewan Tan Sri Datuk Amar Ikhwan Zaini, Pejabat Daerah Asajaya, di sini, hari ini.

Rubiah turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan kerajaan Persekutuan dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kerjasama yang membolehkannya membantu memenuhi keperluan penduduk di kawasan yang diwakilinya.

Katanya, rakyat perlu menghargai kedudukan Sarawak yang menikmati pelbagai inisiatif pembangunan dan kemudahan, selain tidak mudah terpengaruh dengan pandangan pihak luar mengenai negeri ini.

“Betapa bertuahnya kita menjadi rakyat Sarawak. Kita perlu sedar apa yang telah kita nikmati dan terus bekerjasama demi masa depan negeri,” tegasnya.

Beliau menambah, sokongan rakyat terhadap agenda pembangunan perlu disertai semangat perpaduan dan kerjasama bagi memastikan usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat dapat diteruskan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU