ARTIKEL

Ewon berucap sempena majlis penutupan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2023 Peringkat Wilayah Sarawak di sebuah kompleks beli belah di Kuching, hari ini.

Produk ‘jaguh’ Sarawak harus tembusi pasaran antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Produk berasaskan gula apong, kek lapis dan produk kecantikan berasaskan madu yang dihasilkan oleh usahawan kecil dan sederhana di Sarawak diharap bukan sahaja jaguh di rantau ini, tetapi juga mendapat permintaan tinggi di peringkat antarabangsa.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata tertarik dengan kualiti produk-produk tersebut, yang diyakini boleh menembusi pasaran global.

Justeru, katanya pada era pendigitalan kini, penggunaan platform e-dagang dan transaksi jual beli secara dalam talian yang semakin meluas harus dimanfaatkan oleh golongan usahawan terbabit.

“Kita mahu seramai mungkin usahawan tempatan memanfaatkan platform pemasaran dalam talian agar pasaran yang lebih meluas dapat dicapai.

“Kalau dulu teringin nak makan ikan terubuk masin dan kek lapis, perlu dikirim pada teman-teman yang ke Sarawak tapi kini, kek lapis Sarawak, ikan terubuk masin dan pelbagai produk lain boleh dipesan secara dalam talian dan dihantar ke seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis penutupan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2023 Peringkat Wilayah Sarawak yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sebuah kompleks beli belah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ewon berkata kementeriannya juga menawarkan platform pembangunan ekosistem keusahawanan digital iaitu MyMall, yang turut melibatkan elemen e-dagang.

Katanya para usahawan boleh menempatkan produk-produk dan perkhidmatan di platform MyMall secara percuma.

“KUSKOP berharap agar lebih ramai usahawan dari Sarawak memanfaatkan platform MyMall ini,” katanya.

Sementara, Showcase SDSI 2023 Peringkat Sarawak yang berlangsung selama tiga hari berjaya merekodkan jualan produk usahawan sebanyak RM21,000.

Antara produk yang diketengahkan ialah kek lapis, produk berasaskan gula apong, produk kecantikan berasaskan madu dan hasil kraf tangan, yang melibatkan seramai 10 usahawan SDSI.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,