ARTIKEL

Produk lada untuk perubatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat Dmambu MDF Global Sdn Bhd terus berkembang dengan menghasilkan produk hiliran lada untuk perubatan. Pengarahnya Dickens Mambu berkata, syarikatnya telah menghasilkan pelbagai produk hiliran lada berasaskan perubatan seperti balsem lada hitam, penyembur urut lada hitam dan sanitasi tangan berasaskan lada.

Menurutnya, melihat pada senario semasa, Dmambu MDF Sdn Bhd tidak boleh bergantung pada penghasilan produk berasaskan makanan kerana moto syarikat ke arah amalan pertanian lestari. Jelas Dickens, pihaknya memberi fokus penghasilan lada secara berterusan dan mampan oleh pekebun.

“Atas dasar itu, syarikat cuba menghasil produk hiliran lada yang pelbagai. “Kami tidak fokus kepada makanan sahaja, kerana lada boleh untuk digunakan untuk kegunaan lain, kalau kita lihat ia banyak manfaat.

“Antaranya, lada ini antioksidan dan anti-bakteria, bagus untuk kulit bagus dan untuk kesihatan. Bukan sahaja untuk makanan malah boleh digunakan untuk luaran,” katanya kepada Suara Sarawak.

Katanya, syarikatnya juga menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan kerjasama kilang MDF Global Sdn Bhd di Uni-Central Kota Samarahan untuk menghasilkan produk lada yang bukan berasaskan makanan.

Beliau berkata, melihat kepada situasi pandemik Covid-19 masa kini, lada mempunyai potensi untuk dijadikan bahan antibakteria. Tambahnya, dengan kerjasama dan penyelidikan bersama kilang, MDF Global Sdn Bhd telah berjaya membangunkan produk sanitasi tangan dari minyak lada tulen dan minyak kelapa dara yang telah diekstrak.

“R&D untuk menghasilkan sanitasi tangan berasaskan lada, ia memakan masa dua ke tiga bulan untuk dibangunkan.

“Bahannya mesti bahan yang diluluskan kerana sanitasi tangan ini dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kelulusan dan nombor pendaftaran produk dari KKM. “Kami gabungkan antara alkohol, lada dan kelapa, ia mesti dalam keadaan yang betul dan berkesan,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Dickens berkata, dengan pelbagai produk hiliran lada dihasilkan, ia sama sekali membantu pekebun-pekebun lada di negeri ini terutamanya dari luar bandar. “Bekalan lada diperolehi kebanyakan dari pekebun dari wilayah tengah Sarawak seperti Saratok, Pakan, Julau, Kanowit dan wilayah Selatan Sarawak seperti Serian.

“Selain dari menggunakan bahan mentah di Sarawak dalam masa yang sama kami berkhidmat untuk pekebun-pekebun dari luar bandar. “Apabila kami banyak bangunkan produk hiliran lada ini, pembelian lada dari pekebun berterusan. Secara tidak langsung membantu mengekalkan sosioekonomi luar bandar.

“Sebab itu bagusnya ada kempen membeli barangan buatan Malaysia ini, ia menyedarkan orang ramai bahawa produk kita berpotensi untuk pasaran tempatan, pasaran luar negara dan terdapat di pasaran,” katanya.

Beliau berkata, meskipun MDF Global Sdn Bhd enam tahun ditubuhkan, syarikatnya masih dalam proses pembelajaran terutama untuk memasarkan produk ke luar negara.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU