KUCHING: Seramai 192 orang pelajar telah menyertai Karnival Kelab Program Pelancongan Pelajar (K3P) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Para peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi dan mereka juga menampilkan bakat dan potensi diri dalam program tersebut seperti yang diumumkan dalam page Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
“Mereka telah mengemukakan idea dan buah fikir yang kreatif dan innovatif yang boleh membantu MOTAC mempromosi produk dan destinasi pelancongan, seni budaya dan warisan Malaysia.”
Menurut kenyataan tersebut lagi MOTAC dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah berjaya mencapai matlamat program yang telah dijalankan.
Maka benarlah kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.



