ARTIKEL

Program ‘Back 2 School – CATS Gunting Rambut’ pada 15 Feb

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cats FM dengan kerjasama ‘AJAKCUT Barbershop’ bakal menganjurkan program ‘Back 2 School – CATS Gunting Rambut’ pada Sabtu, 15 Februari 2025 bertempat di Plaza Merdeka di sini.

Program ini akan berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk komuniti setempat.

Sebagai tanda sokongan kepada ibu bapa dan pelajar dalam persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu, seramai 300 pelajar lelaki berpeluang mendapatkan perkhidmatan potong rambut secara percuma.

Selain itu, program ini turut diserikan dengan permainan Play Station (PS5), persembahan nyanyian, kuiz dan permainan yang akan dikendalikan oleh Crew Cats Rangers.

Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah istimewa daripada Cats FM.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU