ARTIKEL

Program Communiti Outreach di Rumah Gansau, Sungai Arip, Selangau pada 14 hingga 15 Februari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Program Community Outreach Pakan diadakan pada 14-15 Februari ini bertempat di Rumah Gansau, Sungai Arip, Selangau.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Kedua, Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijangka menyempurnakan acara perasmian program.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi khidmat pengembangan dan pembangunan pertanian khususnya di kalangan masyarakat di luar bandar.

Dijangka seramai 800 orang hadir ke majlis tersebut yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta, pemimpin-pemimpin masyarakat, Jawatankausa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) rumah panjang serta penduduk sekitar.

Pelbagai aktiviti akan diadakan seawal jam 8 pagi pada 14 Februari. Antaranya adalah Program Ekonomi Rumah Tangga khusus untuk golongan wanita, ceramah berkaitan dengan Teknologi Tanaman Halia Secara Fertigasi, ceramah berkaitan agronomi penanaman Rumbia, nenas, dan perternakan kelulut.

Selain itu, turut diadakan juga ceramah berkaitan dAmalan Pertanian Baik untuk perikanan, teori amali cantuman dan ceramah etika penggunaan racun dan serangga.

Manakala, pada 15 Februari pula akan diadakan taklimat berkaitan dengan Halatuju Permodenan Pertanian dan Taklimat Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Majlis tersebut juga diserikan lagi dengan penyanyi Iban ternama, Josephine Jalin.

Maklumat lanjut mengenai sambutan boleh diperolehi daripada Urusetia Induk Program di Talian 019-83522413(Puan Conne Sigan).

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU