ARTIKEL

JOM meriahkan FoodUnites yang akan berlangsung di Tebingan Kuching pada hujung minggu ini.

Program “FoodUnites” hujung minggu ini di Waterfront Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai dijemput memeriahkan Program “FoodUnites” yang akan dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Tebingan Sungai Kuching, pada 3 dan 4 Februari ini.

Program yang julung kalinya diadakan ini bertujuan menghidupkan semula makanan warisan sebagai simbol perpaduan.

KPN dalam kenyataan hari ini berkata, program bersifat perpaduan itu menitikberatkan usaha memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran terhadap makanan tradisi, khususnya dalam kalangan generasi muda.

“FoodUnites bukan sekadar festival makanan, tetapi juga sebuah perhimpunan budaya yang merentasi waktu.

“Membawa kehidupan kepada cerita-cerita di sebalik setiap hidangan dan mengajak masyarakat untuk menghargai kekayaan kuliner yang menjadi warisan kita,” kata kenyataan itu, hari ini.

Jelasnya, program dijangka dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang pada 3 Februari (Sabtu).

Sehubungan itu, orang ramai dijemput untuk bersama-sama memeriahkan program yang bermula 10 pagi hingga 10 malam pada 3 dan 4 Februari depan.

KPN mengajak orang ramai menjelajah dan menghormati keunikan cita rasa Malaysia dengan menjadikan makanan sebagai jambatan penyatupaduan di tengah kepelbagaian kita.

“Pertama untuk perpaduan kaum, program ini akan memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan masyarakat dengan menghargai kepelbagaian budaya dan tradisi setiap kaum.

“Kedua untuk warisan makanan, ia akan mengangkat dan melestarikan makanan sebagai warisan negara yang harus dijaga dan diwarisi oleh generasi muda.

“Sementara ketiga untuk kepelbagaian Malaysia, ia akan menyatukan masyarakat melalui kepelbagaian makanan sebagai cerminan tanda keunikan dan keharmonian negara,” tambahnya.

Program akan menampilkan menu Laksa Sarawak sebagai makanan utama, selain enam lagi makanan tradisi yang mewakili setiap kaum antaranya Nasi Lemak, Char Kuey Teow, Nasi Briyani, Latok, Ayam Pansuh dan Kek Lapis.

Turut diadakan zumba, permainan tradisional, cabutan bertuah, kesenian dan kebudayaan, pameran, pertandingan dan banyak lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU