Program Hari Bertemu Pelanggan IPD Bintulu Tahun 2020 terima sambutan baik masyarakat setempat

BINTULU: Polis Diraja Malaysia(PDRM) Bintulu telah mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu bagi Tahun 2020.

Program yang diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Jepak di sini mendapat sambutan memberangsangkan dari pelbagai lapisan masyarakat Bintulu yang terdiri daripada Ketua-Ketua Masyarakat dan Kaum setempat, agensi kerajaan dan swasta serta orang Awam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata program ini merupakan inisiatif PDRM Bintulu untuk menjalin kerjasama dengan masyarakat dan agensi-agensi kerajaan serta agensi swasta dalam usaha bersama mengekang dan mencegah jenayah di daerah Bintulu.

Beliau berkata antara objektif program PDRM Bersama Pelanggan ini adalah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk bersama mencegah jenayah daripada berlaku.

Selain itu, Mendengar dan menyelesaikan aduan orang ramai melalui kaunter pertanyaan PDRM, serta menggalakkan dan membina jalinan kerjasama yang erat antara polis dengan masyarakat dan Berinteraksi secara terus dengan masyarakat melalui dialog untuk mengetahui permasalahan kes dengan lebih terperinci, ujarnya lagi.

Program sehari ini turut memberi kesedaran berkaitan anti scam atau jenayah siber dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, ceramah pencegahan jenayah dan memperkasa komuniti/SRS dan agensi-agensi swasta dengan memberi pengetahuan, sokongan dan kesedaran kepentingan mencegah jenayah dan permasalahan isu-isu sosial untuk mewujudkan komuniti yang sihat dan persekitaran yang selamat dalam bekerjasama untuk membanteras jenayah.

Selain itu, program ini juga bagi memastikan maklumat berkenaan isu-isu jenayah,dadah,trafik, jenayah komersil dapat disebarkan secara menyeluruh terutama kepada segala lapisan masyarakat dan mewujudkan semangat ambil peduli dalam kalangan masyarakat.

Suara Sarawak