ARTIKEL

AGIH…Royston Valentine mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai semasa Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS di Dataran Pehin Setia Raja, pada Rabu.

Program jerayawara bubur lambuk SABERKAS meriah di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Program Jerayawara Bubur Lambuk Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) di Dataran Pehin Setia Raja, pada Rabu, mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar Mukah.

Program anjuran SABERKAS Cawangan Tellian dan SABERKAS Cawangan Balingian dengan kerjasama Pusat Khidmat Tellian, Pusat Khidmat Balingian serta Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi kedua-dua kawasan itu mengagihkan sebanyak 1,000 pek bubur lambuk.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi, program tersebut merupakan platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat.

“Aktiviti kebajikan seperti ini yang dilaksanakan sepanjang Ramadan mencerminkan semangat keprihatinan serta nilai kebersamaan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai,” katanya.

AGIH… Abdul Yakub Arbi dan Royston Valentine mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai semasa Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS di Dataran Pehin Setia Raja, pada Rabu.

Sementara itu, ADUN Tellian, Royston Valentine berkata kerjasama erat pelbagai pihak dalam menjayakan program tersebut membuktikan komitmen berterusan untuk menyantuni rakyat, khususnya sepanjang Ramadan.

Beliau menambah, program seperti ini memberi peluang kepada wakil rakyat dan penduduk setempat berinteraksi lebih rapat dalam suasana santai.

Dalam pada itu, orang ramai yang menerima bubur lambuk tersebut turut menzahirkan penghargaan atas inisiatif berkenaan yang bukan sahaja meringankan persiapan berbuka, malah menyemarakkan lagi suasana Ramadan di Mukah.

AGIH… Abdul Yakub Arbi mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai semasa Program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS di Dataran Pehin Setia Raja, pada Rabu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU