ARTIKEL

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu Begri (barisan kedua, tiga dari kiri) bersama para tetamu yang lain merakamkan gambar kenangan selepas majlis berlangsung. Foto Pusat Khidmat Parlimen Betong

Program Kampung Siaga 221 latih komuniti luar bandar tangani bencana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPAOH: Penganjuran Program Kampung Siaga 221: “Komuniti Berdaya Tahan Bencana” merupakan inisiatif berterusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam memperkukuh kesiapsiagaan komuniti luar bandar menghadapi pelbagai risiko bencana.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu Begri berkata, program tersebut memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kecekapan masyarakat luar bandar melalui pelbagai pendekatan seperti latihan lapangan, ceramah serta simulasi bencana.

“Di samping itu, dalam masa sama ia juga sebagai salah satu platform merapatkan hubungan dua hala antara agensi keselamatan dengan komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penangguhan Penangguhan Program Kampung Siaga 221: “Komuniti Berdaya Tahan Bencana” anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong di Rumah Panjang Lawrence Ludan, Luban Ulu, Spaoh pada Khamis.

Sebagai Ahli Parlimen Betong tambahnya, adalah menjadi harapan beliau agar program seumpamanya diadakan secara berterusan di Betong sebagai wadah penting dalam menyemai budaya kesiapsiagaan di peringkat akar umbi.

“Sejajar dengan prinsip keselamatan awam yang inklusif, responsif dan menyeluruh. Komuniti yang kuat adalah komuniti yang sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan terburuk dengan ilmu, latihan dan semangat perpaduan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU