ARTIKEL

MOHAMAD menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta Kursus Miftahul Quran di Saratok.

Program KEMAS bentuk masyarakat berdaya saing, berdikari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Komitmen Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melaksanakan program pembangunan masyarakat secara menyeluruh menjamin ilmu dan pengetahuan dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, peranan KEMAS amat penting dalam memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses kepada pelbagai program pendidikan, kemahiran dan pembangunan sosioekonomi.

Menurutnya, pelaksanaan program secara berterusan bukan sahaja meningkatkan pengetahuan, malah membantu membentuk masyarakat yang lebih berdaya saing, berdikari dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan semasa.

“Usaha berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan masyarakat tidak hanya tertumpu kepada aspek fizikal, sebaliknya turut merangkumi pembangunan modal insan.

“Sehubungan itu, saya berharap KEMAS terus memperkukuh pelaksanaan program yang bersesuaian dengan keperluan setempat, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan perasmian Majlis Penyampaian Sijil Kursus Miftahul Quran anjuran KEMAS Saratok 2026 di Masjid al-Muhtadin.

Jelasnya, pendekatan menyeluruh dan dekat dengan masyarakat akan memastikan manfaat setiap inisiatif dapat dinikmati golongan sasaran, sekali gus menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk.

Beliau berkata, beliau amat menghargai komitmen KEMAS Saratok memandangkan usaha pegawai pendidik masyarakat dan tenaga pengajar amat bermakna.

“Harapan saya agar program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan dari semasa ke semasa supaya lebih ramai penduduk di Daerah Saratok mendapat manfaatnya,” ujarnya.

Kursus Miftahul Quran kali ini menghimpunkan 66 peserta dari kariah Masjid al-Muhtadin Saratok, Surau Darul Muafiqin Taman Seroja Indah dan Masjid Ar Rahim Kampung Gerigat.

Tambah Mohamad, penganjuran seperti ini membuktikan usaha mendidik masyarakat bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan kemahiran dan ekonomi semata-mata, malah memberi perhatian kepada pembangunan rohani serta pengukuhan ilmu agama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU