ARTIKEL

DBKU PBT pertama Sarawak raih Anugerah Bandar Pintar Tahap Dua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) melakar sejarah apabila muncul sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Sarawak yang menerima Anugerah Bandar Pintar Dinamik Tahap Dua (Developing Smart City) 2026.

Pencapaian itu menyaksikan DBKU berjaya meningkatkan penarafan daripada Tahap Satu yang diperoleh pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan kemajuan dan komitmen berterusan PBT berkenaan dalam merealisasikan agenda pembangunan bandar pintar.

Pengiktirafan berkenaan disampaikan pada Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026 serta Peluncuran Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) di Dewan Sivik Petaling Jaya, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

HILMY (lima kiri) ketika bergambar kenangan pada Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2026 serta Peluncuran RFN5 dan DPN3 di Petaling Jaya, hari ini.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman, hadir menerima anugerah tersebut, yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu.

Peningkatan penarafan itu membuktikan kesungguhan DBKU dalam memperkukuh pembangunan bandar pintar menerusi penerapan teknologi dan inovasi demi meningkatkan kecekapan pengurusan bandar serta mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Sebagai PBT pertama di Sarawak yang mencapai pengiktirafan berkenaan, DBKU bertekad untuk terus memperluas pelaksanaan inisiatif bandar pintar yang berteraskan keperluan rakyat, dengan mengutamakan penyelesaian inovatif yang mampu membawa manfaat secara langsung kepada kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat.

Pencapaian itu juga menjadi pemangkin kepada usaha berterusan DBKU dalam membangunkan Kuching sebagai sebuah bandar raya pintar yang mampan, berdaya tahan dan inklusif, selaras dengan aspirasi pembangunan Sarawak.

BERITA LAIN

Sarawak gesa agensi percepat projek RMK-13 sebelum 2030

KUCHING: Semua kementerian, jabatan dan agensi di Sarawak digesa mempercepat pelaksanaan keutamaan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) kerana tempoh menuju sasaran Strategi Pembangunan

BERITA TERBARU

Sarawak gesa agensi percepat projek RMK-13 sebelum 2030

KUCHING: Semua kementerian, jabatan dan agensi di Sarawak digesa mempercepat pelaksanaan keutamaan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) kerana tempoh menuju sasaran Strategi Pembangunan