ARTIKEL

Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie (tengah) merasmikan menerusi Program Kembali ke Sekolah dan Jelajah YKABARBER (Servis Menggunting Rambut) sambil disaksikan yang lain. GAMBAR: RAMIDI SUBARI

Program Kembali ke Sekolah TBS Ringankan Beban Anak Asnaf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemberian beg dan kelengkapan sekolah menjadi dorongan penting bagi menyuntik semangat anak-anak asnaf untuk kembali ke sekolah dengan bersemangat tanpa dibebani masalah kewangan.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, bantuan yang disediakan menerusi ‘Program Kembali ke Sekolah’ dan ‘Jelajah YKABARBER (Servis Menggunting Rambut)’ menjadi simbol komitmen berterusan dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya dalam aspek pendidikan serta kebajikan.

Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie menyempurnakan simbolik perasmian pada Program Kembali ke Sekolah dan Jelajah YKABARBER (Servis Menggunting Rambut). GAMBAR: RAMIDI SUBARI

“Seramai 2,126 anak-anak asnaf di seluruh Sarawak daripada 12 lokasi termasuk Lawas, Limbang, Miri, Mukah dan Bintulu menerima manfaat program ini dengan nilai RM200,000, manakala seramai 128 orang menerima bantuan di Kuching bagi meringankan beban persiapan sesi persekolahan yang akan bermula esok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan ‘Program Kembali Ke Sekolah’ dan ‘Jelajah YKABARBER (Servis Menggunting Rambut)’ anjuran TBS dengan kerjasama Yayasan Kepimpinan Al-Bait di pusat beli-belah Majma, Kompleks Islam Sarawak, di sini, hari ini.

Tukang gunting rambut sibuk menggunting rambut kanak-kanak pada Program Kembali ke Sekolah dan Jelajah YKABARBER (Servis Menggunting Rambut). GAMBAR: RAMIDI SUBARI

Mengulas lanjut, pemberian beg dan kelengkapan sekolah yang praktikal serta perkhidmatan gunting rambut percuma turut membantu mengurangkan beban perbelanjaan keluarga asnaf.

“Melalui program ini juga, kita sediakan aktiviti sampingan seperti mewarna dan permainan berunsur kreativiti agar dapat menarik minat mereka dan menjadikan pengalaman kembali ke sekolah lebih menyeronokkan,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, beliau berkata TBS telah berjaya mengutip sebanyak RM211 juta sepanjang tahun 2025, sekali gus mencerminkan peningkatan keyakinan masyarakat untuk menyumbang.

Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie bercakap ketika ditemui pemberita. GAMBAR: RAMIDI SUBARI

BERITA LAIN

BERITA TERBARU