Trending

Program kerja amal ringankan beban mangsa rumah terbakar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kira-kira 100 ahli persatuan dan kelab permotoran bergotong royong hari ini merobohkan struktur dua buah rumah yang musnah akibat kebakaran di Kampung Bunuk.

Mereka terdiri daripada Persatuan Segu Bunuk, Bidayuh Bigbikers Club, Good Bikers Club dan Padawan 4×4 Adventure Club.

Program Kerja Amal dan Gotong Royong yang dirancang bersama oleh persatuan dan kelab terbabit turut menarik penyertaan daripada KRT Kampung Bunuk, Ahli Jawatankuasa Kampung Bunuk serta Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Puncak Borneo.

Turut serta Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin.

Program berkenaan adalah untuk membantu meringankan beban keluar Medi Sata, 76, yang rumahnya dan rumah anaknya, ranap dalam kebakaran pada 20 Mac lalu.

Kerja merobohkan struktur rumah yang terbakar itu adalah untuk memudahkan lagi kerja pembinaan rumah baharu bagi keluarga yang terjejas itu.

Ahli-ahli persatuan dan kelab permotoran merakamkan gambar selepas bergotong royong merobohkan rumah mangsa kebakaran di Kampung Bunuk, hari ini. Turut kelihatan Willie (empat kanan).

 

Salah seorang ahli kelab permotoran turut serta bergotong royong merobohkan rumah mangsa kebakaran di Kampung Bunuk, hari ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru