ARTIKEL

Sumardi (kiri) dan Ketua Komuniti MADANI Kampung Daun Singai, Roystein Gilles (kanan), menunjukkan plak pendaftaran Ahli NADI yang merupakan salah satu pengisian program Komuniti MADANI x NADI. - Foto: JAPEN

Program Komuniti MADANI X NADI platform kenali NADI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Komuniti MADANI Kampung Daun Singai menyambut baik program baharu Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), iaitu Program Komuniti MADANI X NADI.

Program tersebut antara lainnya bakal diadakan di Pusat Maklumat Sebaran Nasional (NADI) Tanjung Bowang pada 8 Februari nanti dengan melibatkan ahli-ahlinya dalam Komuniti MADANI.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Daun Singai, Roystein Giles, menyifatkan aktiviti kolaboratif antara Komuniti MADANI, JAPEN dengan NADI itu berupaya menjadi platform bagi ahli-ahlinya mengenali NADI dengan lebih dekat.

“Program ini cukup baik untuk mendedahkan ahli-ahli kami dengan maklumat Kenali NADI dan Perkhidmatan Pintar NADI yang pastinya nanti memberi banyak manfaat.

“Terima kasih atas kerjasama yang baik dari NADI Tanjung Bowang dan JAPEN Daerah Bau dalam menjayakan program ini bersama-sama dengan kami,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman menjelaskan, selain bacaan ikrar Rukun Negara dan pendaftaran ahli NADI, pelbagai aktiviti menarik telah diatur pada program itu.

Antaranya merangkumi sembang santai, ceramah, edaran bahan penerbitan, hebahan isu-isu semasa, saringan kesihatan, dan pendaftaran MyDigital ID.

Perbincangan persiapan program telah diadakan di NADI tersebut pagi tadi bersama-sama dengan pengurusnya, Kristina Bujang, yang telah menyambut ketibaan rombongan JAPEN Bau bersama-sama dengan Komuniti MADANI Kampung Daun Singai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU