ARTIKEL

Fazzrudin hadir dalam Program Komuniti Matang Jaya 2025.

Program Komuniti Matang Jaya Satukan Komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sambutan hangat penduduk telah menyerikan Program Komuniti Matang Jaya 2025 yang menampilkan aktiviti kebudayaan dan riadah sekali gus menjadikannya wadah untuk memupuk semangat perpaduan serta pemerkasaan komuniti.

Ketua Belia Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Taman Matang Jaya, Ahmad Afiq Adzly Rosli berkata, program tersebut turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan kejiranan serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Sekitar suasana Program Komuniti Matang Jaya 2025.

“Antara acara menarik sepanjang program termasuklah senamrobik, jualan but kereta dan Jualan Rahmah MADANI, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Sepak Raga Ratus serta Pertandingan Melastik Tradisional.

“Acara tersebut bukan sekadar hiburan tetapi turut menghidupkan semangat kebersamaan serta memberi peluang kepada pemimpin tempatan, belia dan peniaga tempatan untuk turut sama menyumbang kepada komuniti,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Sekitar suasana Program Komuniti Matang Jaya 2025.

Menurutnya, program sehari itu dianjurkan secara bersama oleh PBB Ranting Taman Matang Jaya, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Matang Jaya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Matang Jaya dan Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Al-Abyad dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap ADUN Tupong dan Ketua Cawangan PBB Tupong, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman.

Hadir sama ialah Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan merangkap Timbalan Ketua Cawangan PBB Tupong Datuk Dr Zaiedi Suhaili.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU