ARTIKEL

RASMI... Royston menyempurnakan simbolik perasmian Program Semarak Perpaduan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Rukun Tetangga Peringkat Bahagian Mukah, malam tadi.

Program KRT Perlu Merangkumi Semua Lapisan Masyarakat – Royston

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perlu mengelakkan penganjuran program secara eksklusif, sebaliknya mesti merangkumi semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, tegas ADUN Tellian, Royston Valentine.

Katanya, program KRT mestilah bersifat menyeluruh melibatkan semua penduduk di kawasan masing-masing.

TAHNIAH… Royston menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang ahli KRT dalam majlis tersebut.

“Program yang dianjurkan bukan untuk kumpulan sendiri kerana tujuan kita ialah membina keharmonian komuniti secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Semarak Perpaduan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Rukun Tetangga Peringkat Bahagian Mukah, di Kingwood Resort, di sini, malam tadi.

RAKAM KENANGAN… Royston merakam kenangan bersama-sama yang lain selepas majlis.

Royston menganggap kejayaan KRT yang bertahan selama 50 tahun ini merupakan pencapaian yang luar biasa.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan setiap ahli KRT untuk mengekalkan iltizam yang diwarisi daripada kepimpinan terdahulu dan memastikan KRT terus relevan.

Ujarnya, komitmen dan semangat tinggi dalam kalangan ahli KRT perlu diteruskan untuk keharmonian di kawasan masing-masing.

Dalam pada itu, Royston memberitahu bahawa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) memainkan peranan penting dalam mendukung keaktifan KRT, termasuk menyediakan pelbagai program.

Tambahnya, setiap KRT perlu mengambil peluang program sedia ada, memohon peruntukan yang disediakan dan melaksanakan aktiviti dengan teratur.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU