ARTIKEL

Wan Junaidi dan Fauziah ketika menerima kunjungan hormat daripada delegasi penganjur Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 di Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, di sini. Foto: Astana Negeri Sarawak

Program Lan Berambeh Anak Sarawak terus pupuk jati diri generasi muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, berkenan menerima kunjungan hormat daripada delegasi penganjur Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 di Astana Negeri Sarawak, Petra Jaya, di sini.

Delegasi berkenaan diketuai oleh Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Lan Berambeh Anak Sarawak 2025.

Hadir sama, Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib; Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli; Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi; dan Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Dr Richard Riot Jaem.

Turut serta dalam rombongan ialah Timbalan Ketua Projek Lan Berambeh Anak Sarawak 2025, Nur Aisyah Eiryeeza Sabri Waini.

Dalam kunjungan tersebut, delegasi berkenaan mempersembahkan taklimat mengenai penganjuran Program LBAS 2025 yang dijadual berlangsung pada 25 Oktober ini (Sabtu), dari jam 7.30 malam hingga 11.00 malam, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Program anjuran Persatuan Sukarelawan Sarawak (Sarawak Volunteers) itu bertujuan mempererat hubungan silaturahim antara anak-anak Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia serta menyediakan platform untuk berinteraksi bersama para pemimpin negeri.
Sehubungan itu, Tun Pehin Sri menerusi hantaran di Facebook rasminya menzahirkan penghargaan atas komitmen dan usaha Jawatankuasa Induk LBAS 2025 dalam meneruskan penganjuran program yang menjadi simbol perpaduan warga Sarawak di perantauan.

Beliau turut menekankan pentingnya semangat kebersamaan dan rasa cinta terhadap negeri sendiri terus dipupuk dalam kalangan generasi muda agar mereka kekal berakar kepada identiti serta budaya Sarawak walau di mana berada.

Tun Pehin Sri dan Toh Puan turut menzahirkan harapan agar penganjuran kali ini dapat terus menyemai semangat kekitaan, memperkukuh jati diri serta memperluas jaringan kebersamaan dalam kalangan rakyat Sarawak.

BERITA LAIN

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

BERITA TERBARU

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad