ARTIKEL

Roland Sagah Wee Inn beramah mesra bersama-sama pelajar pada Program Ngabas Anak Sarawak Universiti Malaysia Terengganu. | Bernama

Program Ngabas Anak Sarawak himpun 400 pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA NERUS: Program Ngabas Anak Sarawak 2026 anjuran Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak berjaya menghimpunkan kira-kira 400 anak jati negeri itu yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Pantai Timur Semenanjung.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata program itu menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan negeri dengan penuntut Sarawak di seluruh negara.

“Program ini juga melambangkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sarawak dalam menyokong kebajikan pelajar dan membangunkan bakat masa depan negeri,” katanya pada majlis perasmian program itu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam.

Penganjuran itu ialah yang kedua selepas di Universiti Sains Malaysia (USM) melibatkan penuntut zon utara pada tahun lepas.

Penuntut terlibat tahun ini terdiri daripada mereka yang melanjutkan pelajaran di UMT, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC), Kelantan dan beberapa institusi lain.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Annuar Rapa’ee dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT Profesor Dr Muhammad Ikhwanuddin Abdullah.

Roland Sagah berkata, antara pengisian program – forum Empowering Sarawakian Youth for Sarawak’s Future Development yang memberi penekanan kepada peranan strategik pelajar dalam menyumbang kepada pembangunan negeri, selari dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS).

Selain itu, terdapat pameran dan sesi jaringan strategik melibatkan pelbagai agensi Kerajaan Negeri Sarawak dan pemain industri termasuk Yayasan Sarawak, Sarawak Skills dan SiliconNet Technologies Sdn Bhd.

Sementara itu, penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Sains Akuakultur UMT Syed Muhammad Fariduddin Wan Hairrulhaizal, 24, berkata program tersebut memberi peluang kepada mereka mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya, latihan industri serta kemahiran.

“Banyak informasi mengenai agensi kerajaan di Sarawak yang diperoleh hari ini.

Ia juga membuka mata kami mengenai bantuan disediakan untuk anak Sarawak,” katanya yang berasal dari Kuching.

Penuntut tahun tiga Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) UMT Shine Alethea Deewasnari, 21, dari Serian berharap program itu dapat dijadikan acara tahunan bagi menghimpunkan anak jati Sarawak di perantauan.

“Selain memperluas jaringan antara pelajar, kami juga dapat berinteraksi secara terus dengan pemimpin negeri bagi menyuarakan isu atau persoalan,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

Jangan tunggu sakit, amalkan gaya hidup aktif

ASAJAYA: Masyarakat digesa menjadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian bagi mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit yang semakin membimbangkan, termasuk dalam kalangan golongan muda. Timbalan Menteri

46,000 penduduk Samarahan sertai Hari Sukan Negara

ASAJAYA: Hampir 46,000 penduduk Bahagian Samarahan menyertai pelbagai aktiviti sempena Hari Sukan Negara, mencerminkan sambutan menggalakkan terhadap usaha membudayakan gaya hidup aktif. Timbalan Menteri Kemajuan

BERITA TERBARU

Jangan tunggu sakit, amalkan gaya hidup aktif

ASAJAYA: Masyarakat digesa menjadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian bagi mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit yang semakin membimbangkan, termasuk dalam kalangan golongan muda. Timbalan Menteri