ARTIKEL

Program pendidikan percuma di UTS pada 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Bilangan pelajar program asasi di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) menunjukkan peningkatan.

Justeru, Pengerusinya, Datuk Dr Annuar Rapa’ee yakin lebih ramai lagi pelajar dalam program itu pada 2026 apabila dasar pendidikan percuma dilaksanakan.

“Bagi menerima kemasukan ramai pelajar berkenaan, pihaknya harus menambah baik kemudahan di universiti itu,” katanya menyempurnakan Penutupan GenZ ESport di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud UTS di sini, kelmarin.

Menurutnya, bilangan pelajar program asasi di UTS menunjukkan pertumbuhan positif dengan Skim Dermasiswa Pengajian Asasi.

“Ketika ini, UTS mempunyai lebih 600 pelajar dan berharap bilangannya akan bertambah ke 1,000 pada masa akan datang khususnya pada 2026 kelak bila dasar pendidikan percuma dilaksanakan,” jelas Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I itu.

Maklumat lanjut dalam epaper percuma.

BERITA LAIN

Pembangunan pesisir perlu utamakan kebajikan penduduk

BINTULU: Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan kawasan pesisir pantai turut memberi keutamaan kepada keselamatan, kemudahan asas dan kesejahteraan

BERITA TERBARU