ARTIKEL

Dr Stephen Rundi ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Program PPRS tingkat taraf hidup luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SYAMIMI HUSNA

KUCHING: Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Fasa 1 di Sarawak bagi tahun 2026 diteruskan dengan peruntukan RM32.8 juta yang melibatkan melibatkan pembinaan 217 unit rumah baharu serta kerja baik pulih 721 rumah.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, inisiatif tersebut merupakan antara usaha berterusan kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar serta merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Menurut beliau, program berkenaan dilaksanakan menerusi kerjasama antara kerajaan Sarawak dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Malaysia melalui beberapa inisiatif sosioekonomi utama termasuk Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS), Projek Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) dan Projek Pemajuan Kawasan (PPK).

“Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam membantu golongan luar bandar menikmati kediaman yang lebih selesa dan selamat,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata sebanyak RM33 juta turut diluluskan bagi pelaksanaan Projek Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di Lawas, Sebuyau, Betong dan Samarahan.

Katanya, projek-projek tersebut kini berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan dan dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

‘’Selain itu, RM26 juta turut diperuntukkan di bawah RMK-13 bagi pelaksanaan Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Long Lama dengan kerja awal dijangka bermula pada Jun tahun depan,’’ jelasnya.

Mengulas mengenai pendekatan baharu pembangunan luar bandar, Dr Stephen Rundi berkata pembangunan Pusat Pertumbuhan Luar Bandar (RGC) akan terus diperkasakan bagi mewujudkan pembangunan yang lebih sistematik, bersepadu dan mampan.

Menurut beliau, projek RGC Opar bakal mengguna pakai konsep ekonomi kitaran menerusi inisiatif Metropolitan Food Cluster (MFC), hasil kerjasama antara Sarawak dan Belanda berdasarkan model Wageningen Metropolitan Food Cluster.

‘’Sementara itu, RGC Padawan akan menyokong pelan pembangunan yang dicadangkan oleh Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA), manakala agensi pembangunan wilayah lain turut digalakkan bekerjasama dengan kementeriannya bagi membangunkan lebih banyak RGC di seluruh Sarawak,’’ katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU